Perutusan daripada Pengerusi Orientasi Lembaga Pustakawan tahun 2016
Salam Sejahtera kepada semua ,
Terima kasih kepada Guru penasihat dan Jawatankuasa yang telah memberikan saya peluang untuk mengendali Program Orientasi Lembaga Perpustakaan tahun 2016 dengan jayanya. Program Orientasi ini dikendali oleh 41 AJK orientasi yang dilantik daripada Tingkatan 6 atas dan Tingkatan 5. Pada mulanya, program ini telah dirancangkan dan proposal orientasi telah dibuat pada 27 Mei 2016 - 12 Jun 2016 sebelum Mesyuarat AJK Orientasi diadakan buat kali pertama pada 17 Jun 2016. Pada mesyuarat tersebut, saya telah menjelaskan kepada semua mengenai proposal orientasi dan terdapat pengubahansuaian program yang memerlukan mesyurat kedua diadakan. Mesyuarat Kedua diadakan untuk membincangkan aktiviti tersebut. Selepas Mesyuarat kedua dijalankan, proposal telah diubahsuai dan dikeluarkan semula pada 27 Jun 2016. Mesyuarat Ketiga diadakan khas untuk urusetia permainan dan sub komiti untuk membincangkan tentang perancangan orientasi. Mesyuarat Orientasi bersama dengan semua peserta pula telah diadakan juga untuk memaklumkan kepada peserta beberapa pekara tentang orientasi.
Beberapa masalah telah wujud seperti masalah masa disebabkan kesemua AJK Orientasi mempunyai komitmen terhadap pekara lain di samping mempunyai aktiviti kelas tambahan di sekolah. Tetapi, masalah ini tidak mematahkan semangat semua AJK untuk membuat persediaan terhadap orientasi ini. Semua AJK telah memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program ini. Mereka telah membuat persiapan sepenuhnya sehari sebelum orientasi bermula. Pada hari orientasi diadakan, semua AJK telah melakukan persediaan dengan baik sekali. Disebabkan kedatangan peserta yang banyak, jadi masa yang diperuntukkan dalam program terpaksa dipanjangkan. Terdapat beberapa aktiviti terpaksa dibatalkan seperti Pembentangan setiap kumpulan dan Indoor game untuk memanjangkan masa untuk program lain. Jumlah peserta yang agak banyak juga menyebabkan bilik mesyuarat terpaksa dibuka kesemua yang sebelum ini hanya dibuka sebuah bilik saja untuk E - Peraduan . Kesemua Peserta telah memberi kerjasama sepenuhnya untuk semua program tetapi terdapat segelintir yang tidak memberi sepenuh perhatian yang menyebabkan masa dibazirkan.
Terdapat beberapa pembaharuan yang telah dirancang oleh saya sendiri dalam orientasi ini bagi menambah baik daripada orientasi yang diadakan oleh bekas tahun - tahun lepas. Antaranya, penerbitan laman web untuk orientasi, pengisian markah kumpulan melalui sistem database yang memudahkan pengumpulan markah setiap kumpulan mudah dilakukan. Aktiviti seperti Mini Funfair dan E - Peraduan telah diadakan julung kali yang merupakan kali pertama diadakan dalam orientasi pustakawan.
Hari ini, saya sangat gembira kerana dapat mengenali semua calon perpustakawan yang menjadi peserta dalam orientasi ini. Kebanyakkan mereka sangat peramah dan baik yang menyebabkan saya mempunyai semangat untuk menganjurkan aktiviti ini. Perbezaan latar belakang tidak mematahkan semangat saya untuk mengenali mereka. Pada awal pagi saya telah melihat semangat peserta untuk menyertai orientasi ini. Mereka bersemangat dan tidak bersabar untuk menunggu aktiviti yang bakal dianjur oleh AJK orientasi.
Program Orientasi ini merupakan aktiviti tahunan yang terakhir yang dianjurkan oleh Perpustawan sesi 15 / 16 sebelum saya menamatkan jawatan saya di dalam pentadbiran perpustakawan bagi sesi ini tidak lama lagi. Ya, semua orang sangat sedih dengan perpisahan tetapi perjuangan haruslah diteruskan agar dapat mencerahkan masa depan kita.
Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibatkan dalam menjayakan program orientasi ini
Yang Benar,
CHARLES CHRISTOPHER
PENGERUSI ORIENTASI PPS 2016